My Bump =D

pregnancy week by week

Friday, October 28, 2011

(77) Stretch Marks & Maternity Wears

Alhamdulillah kat perut xde,
punggung & peha ade sket tp bile belek2 confuse samada stretch marks atau allergy punye mark huhu.


TAPI!!!
ade stretch marks kat tmpt lain
*uhuhuuuu*
kat breast tp sgt men-confuse-kan.http://www.blogger.com/img/blank.gif
Bukan silver line mcm stretch mark biasa tu tp purplish streaks sebelah breast jela.

Stretch Marks During Pregnancy — What They Are
Those red, pink, or purplish streaks that appear across your belly, hips, thighs, and breasts during pregnancy. They're more pronounced on fair-skinned women.

copied from here

Citer kat encik husband,
die tumpang sedih skali sambil pujuk.

At 1st memang ingatkan urat susu sbb susu mesti dah start di proses kat dlm tu kan?
sbb mmg warna urat...hurm..xpela,
xdela teruk sgt pun, xobvious kalau tgk.
Lagipun itu bukti2 seorang ibu tau, xsemua org dlm dunia ni dapat ^^
hehe
So start from now on kenala sapu extra therapy oil kat situ.

Before this pakai Bio-Oil habisla juga dlm 3bottles tapi,
bila masuk pertengahan 2nd-trimester dah start tak sesuai,
naik bintik2 merah2..kulit mmg sgt sensitif so kena stop.
Then switch to ginvera olive oil...oily sgt tp tenyeh jela dulu plus vaseline utk hilangkan merah2 tu. Baby oil xyah citer, skali sapu mmg dah merah kulit =P.

Bila dah hilang merah try sapu trial pack Palmer's Skin Therapy Oil yg dpt from baby expo dulu. Eh, bau sedap~ & sgt best.
Apalagi terus beli kat Watson Alamanda tu. Kebetulan ada sale+pakai members card dapatla RM26+.Normal price dia sama harga dgn Bio-Oil kut RM30-32 gitu. Dah pakai dlm 2bottles.So far so good! No more red bumps.



Kalau rasa terkering lagi just topup dgn vaseline/eucerine body lotion. Kalau dulu stock Body Shop punya body butter melambak. Skang ni dah habis, pakai jela yg ade. BTW, Body Shop tgh ade sale ni, nak grab DUO body butter tula hihi.

------------------------------------------------------

Nak tau total maternity wear setakat nih?
4helai saje~
haha i like!! sbb xbanyak membeli.
Yela, xkeje xdela banyak membeli, kalau kerja sure berbelas2 helai kut =P.

(1)B&W Polka dot chiffon dress
(2)Skin color (w pink roses kecik2) chiffon dress
(3)Jusco Maternity Pants
(4)Seluar slack baru mak yg mak belum potong length - kire cilok seluar baru mak la.
(5)Lycra long dress - internet.

(1)&(2) tu dress paras lutut, RM15/dress beli kat PKNS Bangi masa jualan raya. Murah gile2~! Bolehla kan.
Mak yang bayarkan pulak tu hehe~Thank you mak!

Selain drpd tu semua adalah baju2 office/baju jalan yg mcm smocked-dress or style kembang start bawah dada. Baju2 beli kat nihon mmg banyak style macam tu. So baju2 masa study pun ade still boleh pakai lg utk perut mengandung ini.Save budget!

Seluar memang ade 2jenis tu jela,
Dgn long skirt merah satu. So, gilir2 la.


--------------------------------------

Esok ade check-up kat KK.
2nd ATT Injection pun kena esok gak & jumpa doc (rutin minggu ke 34 kot).
Appointment 2pm, aiyoh xpernah lg dpt appt ptg2 nih.
Bilala boleh habis kang >_<
Skang ni pergi check-up mmg mak je yg hantar, esok mak siap amek half-day cuti lg tu. Sayang betul mak =D.


p/s: Body Shop's body butter saya rasa lg best dr Victoria Secret punya body butter. Sbb lebih pekat sesuai utk kulit super kering saya & xneed to re-apply.

Wednesday, October 26, 2011

(76) Wishlist ;)

(1)Need to restock my Geolens (refer entry here)

(2)Egyptian Magic Cream - dah berzaman xpakai since blk M'sia ni, ade lagi stock kat rumah japan nu rasanye. Tp xtaula kalau encik husband dah pakai habis. Tenyeh vaseline rs macam oily sgt, EMC ni xdela oily sbb die absorb dgn sgt cepat (especially for dry skin mcm saya!)

(3) Trim rambut mau bikin layered-style. Previously udah mcm amoi cina. Kalini mau jd ala2 ini macam boleh?



p/s: "boleh2, sila2 sapepun xmarah" =p. Husband pun ok saja hehe.

Tuesday, October 25, 2011

(75) Rindu nak mem-baking

Rindu mem-baking

sbb teringin nak makan ginger snaps honey cookies tuuu
nyam nyam dapnyeeee kalau buat sendiri!

makan masa dia masih suam2 waaah semerbak terasa tendangan-halia =D

brg xdak...kena keluar g beli,
transport kalau ade xyah nak harap tunggu org free & rela utk hantar kemana2

kalau boleh naik motor pun sanggup je keluar
(sah2 kena bangkang nnt tp org degil biasala nak buat juga kalau dpt hehe)
masalahnye lesen motor pun tadak =p
motor adik yg laki tu pun adik bongsu letak kat college utk die g ladang (kelas praktikal).

Monday, October 24, 2011

(74) Mr. Husband ~

Encik husband,
saya ada request nih

balik nanti...

Tolong ketip kuku kaki saya, saya dah xboleh capai & tgk kuku


tamau pergi mani/pedi kat kedai lagi dah..takut kena infection.
Nasib baik Fish Spa tu pun xpernah teringin nak pergi.
Euwh!
FishSpa kat laut xpela sbb air garam & LAUT tu luas.

=)

Saturday, October 22, 2011

(73) Derma membina masjid di Hiroshima


Kengkawan,
nak tak pahala berterusan?
Jom derma utk penubuhan masjid kat Hiroshima ni =)

Masjid yg bakal digunakan oleh umat islam yg kebanyakannya student, muallaf & musafir (selain penduduk muslim yg menjalani hidup normal kat sana).

Mesti semua org tau kan yg setiap sesuatu yg kita derma selagi bermanfaat utk org selagi tu la kita dapat pahala. Contoh macam tanam pokok, bila pokok dah besar setiap binatang/manusia yg berteduh bawah pokok tu kite yg dapat pahala. Setiap yg makan buah dari pokok tu pun kita dapat pahala.

Jom~

Poster ni info nak derma bagi mereka yg ada di Malaysia.
Yang ada kat Jepun boleh bank-in using postbank (yuucho).
Boleh refer FB page --> Appeal for Hiroshima Masjid

p/s: Ini bukan spam =)

Friday, October 21, 2011

(72) Datangnya rezeki diiringi rezeki? ^^

Alhamdulillah!

walaupun i'm not looking for a job at the moment.
Setakat ni dah ade 4 job offer datang.
Uhuk uhuk..tergugat iman! Seriously guwe suka bekerja!

Just now tgh browsing google map,
tiba2 phone bunyi, number 04-xxx xxxx yg keluar,
pelik tp jawab gakla,
lepas dia mukadimah blabla
"Actually we are looking for a secretary to our manager"
(Manager jepun la nih)
Teringat Ma-chan member yg jd secretary manager masa kat kilang dulu. Banyak task jugak, banyak boleh belajar & dpt kenal ramai org.
Company baru set-up kat Penang. Uish jauh =P.
Huhu..lama gak die borak,
tp xpe ramai lg japan uni punye graduate yg die boleh cari.

Manpower ade bg offer 2 positions kat cyber - I bet mesti company lama ritu hihi.
Hailaaa~ kalau boleh on the spot reply mail cakap tomorrow i dtg utk interview.

Before that pun company kat cyberjaya ade offer job jugak, bulan lepas rasanye - jiran company lama.
Dulu company ni pernah beriya gila nak amek encik husband , tp last2 action mcm tah pape. Tak interested langsung dah dgr nama company tu. Manager dia nak suruh husband dtg interview, tp si recruiter nih buat kerja macam hampeh jek-mcm nak tak nak pulak offer.
Husband dah balik japan baru dia call balik tanye husband boleh dtg interview tak. Situ jugak aku sound. Memang la company tu xheran pun kalau kita xnak, boleh dpt candidate lain tp kan dah buang masa nak deal dgn org mcm tu.
Lepas kena sindir tu dia kata, "manager i tanyela pasal husband you"
Hurm...geram pun xguna. Dia xrugi aku pun xrugi.

Lagi satu lupa pulak company apa,
Dia tanya la tgh nak tukar kerja tak? Masih dgn *B* ke?
Jawabla tak & tak.
Blablabla lepas dia habis cakap tu, btau la yg tgh 7months pregnant & xlooking.

Terasa banyak pulak offer yg dtg time2 ni.

Hopefully nanti kalau dah back for good nanti kami senang nak cari kerja.
Amin..
Baby bawak rezeki banyak2 utk family kay?

---------

Today checkup with Doc Hamidah @ HPJ.
Dia tunjuk lubang hidung ngan bibir atas/mulut baby!
Aha~~~ cute oh!
rasa2nya hidung besar & tinggi macam ayah dia =D.
Rugi terlupa nak mintak print scan muka baby tadi.
Overall OK.
Doc suruh f/up je dgn klinik p9 & jumpa balik dia after a month.
Means dekat2 nak bersalin nanti.

Comel la~~~~ ahaha!
mak terlebih teruja =P

(71) Amalan Sewaktu Mengandung

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Untuk mendapatkan anak yang comel/cantik
2. Surah Luqman: Untuk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
3. Surah Maryam: Untuk mendapatkan anak yang soleh
4. Surah An-Nahl ayat 78: Untuk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)
5. Surah Al-Fatihah
6. Surah Yaasin
7. Surah Ayatul Kursi
8. Surah Al-Araaf ayat 189
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah pada anak
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

(Thanks to pembaca berita terkenal Farit Ismeth Emir - Ensaiklopedia Petua Melayu Lama)

Takde buat spesifik, tapi baca je the whole Al-Qur'an. Tgh try nak khatamkan.
Agak lmbt, patut dah boleh khatam 2x dah tp skali pun belum ni =(.
Yosh! Mou sukoshi!

Thursday, October 20, 2011

(70) ....

Bukan senang menghadapi pregnancy pertama w/o husband,

BUKAN SENANG
BUKAN SENANG
BUKAN SENANG

Wednesday, October 19, 2011

(69) 32weeks check up



Ye baby, mommy can not eat for two pun,
kuota perut mommy xbesar mana pun =P.
Terlebih kang termuntah balik.

Today punya checkup mak yg hantar,
pukul 1130 sampai klinik - saje dtg lewat (as usual,org dah xramai) =P
sepatutnya pukul 1215 dah settle dah tp since cakap lepas selsema haritu ade sikit mengah so nurse hantar gi jumpa doc.
"Bilik 12 que cuma 4org je nih, check dgn doc ye? risau kalau pape"
ok kan jelah..

Alhamdulillah 1230 dah masuk bilik doc,
check2 semua normal, cuma perut dah besar tu yg senang mengah =)
tunggu baby dah engaged nnt lega balikla nafas tu.

Urine = normal
HB = xneed sbb 2weeks ago normal
BP = 97/68 <--- lowest setakat nih, tp nurse xkate apepun.ok la tu.
weight = 64.9kg (2weeks naik 1kg, normal spt dlm buku panduan)

Nurse dah suruh bawa hospital bag kalau kemana2 dah. Tapi xbasuh lg baju baby.
Esok kena basuh.

Next 2weeks dtg lg utk 2nd ATT injection & routine checkup.

----------------------------------

Terkilan xdapat buat 3D & details scan,
agaknya memang bukan rezeki kita nak buat kut baby.

At 1st Doc Maria offer for free 3D scan kat klinik baru dia. But until now senyap je xde call. Even dah follow-up 3x. Kuota dah cukup kut. Sad...
Then 2weeks ago set-up appointment at Pusat Rawatan Mesra, Serdang tp bila dpt slot malam semalam terpaksa cancel. Tak mampu nak pergi, takde transport & takde org nak hantar. Semua balik kerja lewat =(.
Takpela, tak nak fikirkan sangat.
Nanti bertambah2 la sedihnye kalau terfikir suami yg jauh lagi.
Hopefully dear baby sihat, sempurna, cergas & cerdas ye?

Memandangkan harini mak hantar, so xdela peluang nak berjalan ke alamanda utk nikmati javachip frappuccino ataupun cheesecake SR. This weekend hurm...owh, nak pergi ziarah family sepupu yg baru kehilangan isteri. Kalau ade rezeki nnt suruhla diorang singgah SR kalau duk teringat2 sgt nnt =P.

Tuesday, October 18, 2011

(68) Kemas bilik - DONE




Phew~
start at 8am..then rest pukul 830am for breakfast (cucur bawang+bilis & susu)
sambung balik dgn pace yg sgt slow =D
tolak2 semua barang keluar,
buang sawang kat penjuru2 siling,
bersihkan kipas lantai,
sapu2 & mop sikit,
tukar cadar baru kena tunggu org lain buatkan hehe

erm...brg2 yg kat luar tu pun nak kena suruh org lain masukkan la.
malas nak tolak2, angkut lg cepat tp perut dah besar mmg xsesuai nak angkut2 nih.
Naya kang jadi pape. Dahla wat sensorang. Ni pun actually mak dah warning jgn buat sensorang tp semangat sgt =P.

Puas hati setel cepat.
Yela, nak tunggu org semua ade kerja.
Weekend pun masing2 mmg sentiasa pack dgn kenduri la, konvo la (congrats utk inor yg dah dpt master-siap nama masuk paper lg tuh.tumpang bangge la ye), hal2 lain lagi.
Kalau tunggu org memang xkemas2 la sampai baby keluar kang.

Now tinggal nak basuh baju-bajan/towel/lampin etc baby & pack for hospital bag.

Esok dah start checkup utk bulan ke-8 @klinik. Checkup @ HPJ postponed until Jumaat. Doc cuti harini.

So, esok plan nak g makan kek la. Since birthday xmakan2 lg kek.
(Last time makan masa raya, Rehan & Ekin celebrate mommy nih punya advance birthday)
Bila dah sampai SR tu bukannye teringin pun =p. Dah kat rumah sibuk nak teringin2 makan kek. Samela macam nak minum ice-blended coffee. Tah dari zaman bila nak minum tapi bila dah sampai alamanda tu xde langsung teringin pun. Sometimes bagus jugak kalau difikir2 tuh. Secara automatic sugar intake pun terjaga. Kita tgk esok cane!


No cream please! (terasa berminyak2 tekak kalau ade cream huhu)


=D

Jangan fikir pasal food yg lain, banyak nanti yg teringin.
Sila fikirkan yg berdekatan & senang dapat ye.
^^

Sunday, October 16, 2011

(67) Antenatal Class HPJ Part 2


isi new mom bag ritu
banyak dapat koleksi mini2 nih. senang nak masuk dlm travel bag =D.

(12oct2011)
Erm...baru on netbook udah ngantuk
hehe...(^_^")

Baru lepas basuh towels and nursing bras (handwash la kan pelagi).
Lunch pun dah. Nasi goreng daging dgn air oren (kordial tanpa gula).

Lepas tu bantai sebiji guava tanpa biji ^^. hooooo syedap!!

Agaknye kepenatan & kekenyangan la nih yg ngantuk ni. Sambung petang2 sketla menulis...layan tdo lepas zuhur best gak ni =D (now 1254). Saikin meemang ngantuk manjang, kalau ngantuk tu xboleh bendung2 lg dah. Kena terus tdo hehe. Later la....

---------------------------

(13oct2011)
Selepas sehari jom sambung,
=P

Mak nak hantar g Bid Bad Wolf Booksales today, tp i pula kesemputan. =(
Selsema dgn hingus yg pekat, hembus2 pun tamau keluar habis. Seksa juga. Malam tadi pun tak boleh tidur lena. Dah nak kena lelah dah rasanye ni.

Weekend ni pula ade expo convo kat UPM, inor pun convo ahad ni.
Tak taula larat ke tak nak pergi bergambar2 nye nanti.

Ok,
Kalau nak booking ke Antenatal Class HPJ bawah ni info sket

Contact :
KJ Masitah Sidek : 019-3279495
KJ Fariza Razak : 016-2197186
JT Laily Norazura : 019-3256565

Fee :
RM70 per ENTRY (deposit RM50)


Starting from 8am - 4pm. Every 2nd Monday of the month.
8couples per class. 1st pregnancy & nak deliver di HPJ.

Nak share sket info yg jarang dgr.

1st Session : Pregnancy & Proses Bersalin.
Dr. Hasliena.
Cakap pasal kehamilan, labour signs from 1st stage until 3rd stage.
Family Planning.
Peranan husband saat2 nak dekat delivery:
(1)Contactable at all time
(2)Transport
(3)Medical Cost
(4)Guarantee Letter or seumpamanya
(5)Joint decision w wife during labour
(6)Helping wife - wipe the face, rub the back, talking etc masa sakit nak beranak tu



2nd Session : Pemakanan
Kenaikan berat badan semasa hamil yg normal = 10~13kg.
(Tp dia cakap ada latest data, kenaikan berat nowadays adalah lebih tinggi ye)
Kalau kurang pemakanan yg supply tenaga, akan terjadi proses KETOSIS (penghasilan tenaga dr dalam badan) dimana akan mengganggu fetal dev & kematangan otak baby.
Prune = high in iron
Guava = very high in vit C <---kebetulan tgh ada stock guava.

Maternal Milk high in sugar --> low fat milk is better for diebetic mom (dietitian ni kate)



3rd Session : Persediaan Bersalin & Mandi Baby
Midwife yg bg talk nih. Org lama kat HPJ ni rasanye.
Pesanan die, NEVER EVER GO NO-BRA kalau sayang breast.
Delivery charge kat HPJ ni :
Normal RM300
Caesarean RM800
FPP RM3000
Ini semua deposit yg kena bayar


4th Session : Penyusuan Ibu
Sebab baby kembung :
(1)Pemberian air kosong <6bulan
(2)Pemberian pacifier/botol

Jaundice = Disebabkan oleh proses pembuangan yg tak sempurna, so baby akan buang through kulit dia. Ini sebab yg docs & nurses suruh elak makan jamu/herba awal2 sbb benda2 tu kan panas kan? Kalau baby xtahan memang boleh ganggu sistem penghadaman baby.

Size perut baby semasa lahir hanyalah sebesar biji GULI jadi, kalau kolostrum ibu hanya 3 titik maka memang sgt cukuplah 3 titik tu utk baby tu. Jgn dibuang-sayang, & jangan ditambah air kosong.

Hanya ibu yg menjalani kemoterapi sahaja yg tidak dibenarkan menyusu baby.Malah ibu yg ada HIV pun digalakkan menyusu baby TAPI jangan diselang dgn air kosong/FM, make sure BF exclusively!



5th Session : Urutan Lepas Bersalin (Unit TCM HPJ)
(Tukang urut yg bg talk ni tegas!huhu,kalau jd mak/mak mertua confirm la takut nk langgar arahan masa berpantang =P. Body die pun slim & kemas)

Tungku:
-The best guna tungku besi bujur bertangkai
-berat tungku 2-4kg
-panaskan atas api slow 10-15mins
-balut tungku dgn daun yg ber-bilangan GANJIL

Mandi Herba:
-xdisyorkan utk kepala ->boleh jadi pening/sakit kepala & rambut gugur

Barut & Bengkung:
-JGN MAKAN before berbarut! ni makcik pun ade pesan. Memang makcik (belah abah) body slim la - 44 hari pakai barut siang malam kau!Bukak time nak mandi je die kate.Punya gigihnya dia.
-Ubat perut : Kapur+air limau = utk kemaskan perut. Selepas dah kemas perut tu pakai pulak asam jawa+cuka = utk hilangkan bekas2 hitam/stretch mark.
-Bengkung elok pakai yg tali dpd atas ke bawah ->mudah nak ke toilet.

Haaa tu dia sikit2 yg diorang cakap.Bukan saye cakap.
Kalau mampu boleh ikut semua. Tepuk dada tanya selera.

Kalau dpt confinement lady memang syiok o! kan?
Tapi beriban tuu nak hire..kalau kat kampung murah lagi,dtg lepas subuh & die balik after settle semua. Agak2 bidan kampung kat banting tu nak tak duk skali ek? hehe

Haaaaa...takut dah pulak nak jadi mak budak nih. =P


p/s:Makan guava lagi sebiji pun syok nih!g dapur~~ =D. Terasa sgt sedap buah guava skang nih.

p/s/s: phone cokia i yg sony w660i nih die punya usb mana tah. belum boleh transfer gmbr dewan bersalin & gmbr wad 5a. Nanti dah jumpa br upload.

(66) errr

antenatal class hpj part 2 dah siap tp blum bubuh gmbr, so xpublish lg utk entry.

cuma nak tau juga la,
everything i said/wrote...nampak mcm i'm whining ke kat facebook?

contoh nyata,
tulis berat on my 7th month pregnancy...
i'm just tracking bukannye merungut kut...
i am normal la, kenapa semua cakap jgn risau pasal berat ek?
gaining 10kgs at 7mths okla bg aku.xde masalah pun sbb saya bukan underweight or overweight.
atau...sbb tahap sensitiviti ibu hamil ni tinggi?

hurm...
ye kut, lagi2 husband takde nak neutralkan diri kan.

saye dah tulis komen tambahan kat caption gmbr tuh =P.
Ye, poyo kan?

Wednesday, October 12, 2011

(65) Pemakanan Sihat & +

Waaah sihatnyee tajuk =p

Harini breakfast sekole milo-susu. Banyak kan? Saje minum pakai kole and make sure everytime minum tu habiskan sekole. Automatically kuantiti air yg diminum pun bolehla banyak kan?

2 keping sandwich telur - homemade.
Telur rebus mak bawak from kenduri ahad ritu ade dlm fridge-ambil sebiji + pepper + garam + mayo + minched bawang.

3 slices of tempe goreng.

Dah ambil snack sekeping kuih akok otw nak basuh pinggan lepas makan roti tu =p

Ceh! ni konon gaya masih bersemangat dgn tema pemakanan sihat ibu mengandung masa g antenatal class la nih =p.

Owh..last friday dah makan sebiji delima mak mertua bawak dari gerik. Kalau sesape dapat buah delima from mekah lg best kut. Delima & kurma memang peneman setia di waktu mengandung la! Delima ni elok utk ibu mengandung, google la. Dalam al-qur'an pun ade sebut yg buah delima ni bagus, kurma tu xyah citer semorang pun tau kut kebaikan dia.

----

Makanan pantang nnt mesti boleh tahan kan?
Diri saye bukan pemakan yg pandai makan segala macam jenis makanan kat malaysia / dunia nih. Selalu makan yg simple2 je. So makanan pantang bg aku takdela menyeksakan kot.Lagipun tgk kemain banyak menu yg sedap2 pulak tu.

Berpantang pun mak bukan org yg rigid. Hopefully xrenyah.

Kalau setakat jgn duduk bersila, make sure berbengkung & bertungku, make sure berurut tu sume common sense kut utk jaga kesihatan dalaman.

Mungkin sbb arwah nenek org jawa & aku rajin dgr die cerita ape sbb xbg duduk bersila, ape sbb kena bertungku, ape sbb kena sengkak etc. so, semua tu bg aku penting. Kita cuma merancang, hopefully Allah bg kekuatan & kemudahan nak buat semua tu.

Belah kelantan mak kata diorang xpandai berurut sgt tp diorang GILA2 punya bertungku-satu badan. Org jawa mak kata bertungku juga tp diorang mmg lebih pandai mengurut dgn eksklusif.

Since tau pregnant ni, mak & adik2 xkan bagi aku bawa atau angkut barang2 berat (walaupun cuma sekilo). Kalau la mcm nak sidai baju make sure tolak bakul/besen sambil mencangkung/duduk pakai tangan, bukan pakai kaki.Do not bend-common sense, yg xpreggy pun xdigalakkan bending your body kalau nk angkut barang kan?

Dokong baby yg dah berat kalau boleh jangan buat kata mak.Pangku xpe. Tapi kalau yg dah ade anak & nak berdokong je tak boleh nak cakap ape jugak kan. Bunyi mcm manje kut bg setengah org, tp sayang body la, especially tang rahim ni. Plus kalau paksa badan time2 gini takut lekas sakit sendi/pinggang/lutut. Kalau sakit awal pun at least kita dah try avoid benda2 ni.

Tukang urut pun selalu cakap selalu2 la lentur badan so that urat xkeras. Nanti xdela tetibe terkejung =p. Dan jaga posture.

p/s: time kasih pilates, skang badan saye dah kurang keras =D. Suka gila pilates lah!

p/s/s: Selsema xbaik lg tp kepala dah ringan sikit. Dulu selsema sethn sekali je, bila pregnant ni kerap pulak. Tapi biasa la hormon bukan stabil pun kan? Nasib baik xdemam.

Monday, October 10, 2011

(64) Antenatal Class HPJ Part 1

Woih!
best kot antenatal class kat Hospital Putrajaya!

Antenatal Class kat sini hanya sebulan sekali (Isnin minggu ke-2).
Hanya 8 pasangan sahaja.
Keutamaan diberikan utk yg nak bersalin di HPJ & kelahiran sulung sahaja.
Masa register utk kelas ni dulu jadi org 1st, lepas tu sampai class td pun jd org 1st jugak, bilik seminar xbukak lg =p (mak hantar otw die g office, so..730 dah sampai terpacak depan tu).

Docs, nurses, dietitian, midwife, physiotheraphist, bidan urut traditional sume ade bg talk.Had fun!

Masuk dewan bersalin & jenguk wad 5A, tp xboleh tgk bilik sbb full.

Participant pun active bertanye siap dgn husband2 skali galak bertanya, suke aku nengok husband2 sebegitu semangat =D.

Masa last session - amali antenatal exercise.Semua org berpartner, org yg xde husband ni (aku sorg je la) dibantu dgn student praktikal physiotherapy.Last skali before kelas habis, ade tutup2 lampu bg dgr music relax sambil baring & tutup mata - time ni aku nak nangis ingat husband UWAAA!~~~ T-T

Nanti encik husband boleh baca entry ni masa die balik sini nanti. Kalau belum blk ni keje die tdo jela kalau free/cuti...huhu sian keje penat, penat naik train pun ye gak..penat die tu asyik xsehat pun ye gak. Aku ni dah terbersin2 2hari sampai sakit perut & pinggang die pun join saham ala2 xsehat lembik jugak..sabo la ye bang, i tau abang kan sayang i lebih. hihi =P

Kandungan Goodie Bag
-New Mom Bag (esok bukak ye)
-Daun2 herba mandian
-Towel (stock towel byk!i like!)
-Pamplet, booklet, buku slideshow
-Air mineral gelas kecik tu dpt 2
(habis dah diminum masa class-selsema kena minum byk air)


Takdela byk sgt2 mcm certain private hospital punya antenatal class.

Part 2 nanti share info sket ek!

Saturday, October 8, 2011

(63) Cukur jambul Aleesya

Haa~ sian hidung,
bersin xbenti..
sian perut ngan pinggang tersentak2 sakit
sian baby terkejut2 pulak (yeke terkejut?sedap je tdo kot =p)

Harini ade cukur jambul anak sepupu kat P9 tu.
Sepupu belah mak, suka la cara diorang buat cukur jambul..ala kadar je.
Start masa matahari tgh naik (8am) & dihadiri keluarga TERDEKAT sahaja. Pak sedara yg jauh2 tu xdela.

Just adik-beradik bapak baby & mak baby yg ade dekat sini, keluarga kami, dgn atuk & nenek baby tu. Adela dlm 12org je. Pakcik (atuk baby) yg handle majlis.

Me & adik sampai lewat sbb ibu mengandung ni asal nak kua rumah je mesti nak pergi toilet dulu =P. Mak dah pergi awal tolong2 ape yg patut sbb kami sedara terdekat. Sampai2 je baby dah disuap air zam2,diikuti bg baby hisap kurma lecek & then barula digunting sikit rambut oleh pakcik, bapak baby & bapak sedara baby-tu je.Lepas tu selawat ramai2 sambil berdiri & baca doa.Baby sgt2 behave! seeenyap je, nak suap air zamzam & kurma lecek tu pun tdo =p. Puas kejut nk bg sedar.

Pakcik yg handle majlis ni, yelah die pun AJK masjid kat kelantan nu.Bestnya kalau abah ade lagi, boleh abah yg handle kalau nak cukur jambul baby nanti. =)

Lepas tu makan kari ayam cicah roti. Since it was pagi so breakfast la tu.
Suka majlis macam ni, sgt simple & tujuan tercapai.

Walaupun la kalau diikutkan dulu aku ni nenek belah arwah abah siap buat kenduri (mungkin sbb cucu sulung nenek =D), kenduri pijak tanah pun ade.Lepas tu masa kenduri pijak tanah tu nenek cakap diorang letakkan duit, mainan & pensel depan aku. Aku amek pensel - nenek kate tu petanda la yg aku ni bakal rajin belajar.Alhamdulillah memang dulu suka belajar.Cuma masuk degree je dah mcm weng sket huhu.erm...SPM pun rasa dah xbest dah sbb xboleh nk sesuai diri cara belajar ikut timing asrama kot huhu..(padahal sendiri yg xpandai).

Sekarang ni rasanye kalau nak buat pun ambil yg perlu sajalah. Lgpun sedara-mara jauh, xperlu kut susah payah. Aqiqah pun nanti macam pernah terfikir nak masukkan nama dlm program aqiqah kat kemboja tu. Lagi elok kot bagi kat org yg jarang makan daging. Kalau ikut family husband semua majlis diorang akan buat macam kenduri. Tapi aku rasala, dgn mak mertua & pak mertua yg xberapa sihat tu, xperlu kut nak susah2. Planning la nih, yg penting baby lahir dulu dgn sihat ye!

Harini nak ikut mak g kenduri kat dewan banquet UPM tu tp xlarat asyik bersin.Rugi xikut sbb makan banyak & sedap2 sbb kawan mak ni caterer hihi..order tart telur baker's cottage jela suruh diorang belikan.

uih, mak dah balik bawak food!
nyam nyam!! makan time!!

p/s: Pakcik dpt 3 cucu thn ni, ni cucu 2nd-baby girl. Nur Aleesya Damia bt Muhammad Nuzli.

p/s/s: Pakcik ade ckp, adat bg baby rasa garam & asam skali tu adat hindu. Same juga adat berendoi naik buai pun adat hindu. Elok buat yg sunnah saje. Betulla tu, lgpun die memang rajin belajar ilmu agama ni sejak dia muda lagi & rajin menyampaikan pada kami2 yg bertanya. Tumpang sejuk hati dgn pakcik sendiri...untung mak ade abang baik mcm ni.

Wednesday, October 5, 2011

(62) 30weeks check up



Harini kena pergi 2 sesi.

1st session :
-Urine test = Normal
-HB = 11.2 (ayoyoo turun meh?tp nurse kate ok,bagus)
-Berat = 63.9kg (naik 1.2kgs setelah sebulan,budget dah naik sampai 65kg =p)
-BP = 101/67
-Baby heartbeat = nurse main agak je!terus ckp "heartbeat xjumpe pun lagi??" die suh doc kire balik nanti masa scan.tapi die tunjukla heartbeat sign kat machine tu cuma nak kire tu agak susah nak mencari point.
-Kena injection kancing gigi, ouch! lenguh gak sampai skang ni

Since dtg memang saje lambat (pukul 12 baru sampai klinik) terpaksa dtg sesi 2 lepas lunch break utk scan saje.hadui~ ingatkan boleh setel terus dlm masa 30mins tu.So, blk rumah solat & makan nasi kenyang2 sbb risau HB dah turun & berat xnaik sgt. Hahaha! padahal syok sbb boleh makan lebih =P.

Sampai klinik balik utk scan tu pulak umat manusia suda ramai daaaa =(.
Scan kad ade problem, kena suruh nurse register balik..1j30mins jugakla tunggu.
Haihs buhsan~~ budak2 duk tgk muka kite pun dah malas nk pandang balik,xdek mood...

Dapat masuk bilik doc utk scan tu skali ade isu pulak, ke-confuse-an nurses & docs terhadap 2org pesakit, sorg melayu (akak tmpt keje lama dulu yg skang dah keje kat putrajaya) & sorg chinese. Si melayu disangka chinese, yg chinese disangka melayu hahaha!
Sampaikan doc say sorry terpaksa biarkan perut aku yg dah dibubuh lotion scan terbuka macam tu je =P.Sebaek diorang baik.Tinggalkan pun xlama.

So, 2nd session:
-Scan baby ; berat approx 1.6kgs hihi olo kiutnye anak mommy nih! (^o^)
; pjg bape doc xsebut...
; heartbeat baby pun lupe tanye !! aduh!! hampeh!!tp dah ade tertulis kat buku..mcm xcayer =p.

Gmbr scan pun xde, apela! Cuba buat mcm doc maria tuh. 2-3pics die scan, mcm2 gaye baby die bagi tunjuk. Kan best kan? Tapi xpela, nama pun klinik kerajaan, ramai lagi yg tgh que tuh.

Next appointment dah kena dtg 2minggu sekali.

2nd session nih sampai dekat 30-40minit (sampai kul4) kena tunggu kat farmasi cuma nak amek obimin.huuuu nyampoh nunggu!

Keluar klinik terus beli kopok lekor singgit kat foodcourt tuh, ngapngap dlm keta sampai habis.

Terus ke HPJ booking Doc pakar..so next checkup will be at HPJ-InsyaAllah.

Anak sulung memang nak deliver kat kerajaan (HPJ semi-govt) - deliver mana2 same je sakitnya kan.Kalau layanan pulak, ikut nasib la kan.Tak boleh nak kate ape.Kalau timing dapat nurses & midwife baik Alhamdulillah, kalau dpt yg menyinga nasibla, faktor yg xboleh dikawal kita sendiri.

Berserah la pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan. Lagipun berpendapat faktor dekat dgn rumah itu lebih penting kalau ianya hospital yg ok. Kalau hospital yg ok tu jauh, mungkin jauh jugak perginye hehe =P.

Tapi kita hanya merancang, kalau ade perubahan itu semua bergantung kepada rezeki yg Allah bagi la ye.Semoga berjalan seperti yg dirancang.amin!

p/s: cuaks cuaks huhu ^^;

Monday, October 3, 2011

(61)oh baby

oh,how i miss my tummy 3-4months back,
masa tgh ala2 buncit makan banyak & masih lembut lagi ^^

now baby dah kicking dgn active setiap hari kecuali today- baby masih kepenatan, xgalak sgt (mommy pun keletihan lg).
perut pun tegang je kalau sentuh.

Mesti rindu baby dlm perut bila die dah keluar nanti kan?

I love you baby!
(mommy love you too daddy~)


p/s:dah rindu baby dah =)

Saturday, October 1, 2011

(60) Leg Cramp or Restless Leg Syndrome?


This is the 1st time rasa krem kaki since pregnant ni.
28hb (malam) sakit tumit sbb lama sgt berdiri teman mak masak sambil borak.
Nasib baik dah beli Slimwalk (blood circulation socks tu la). Kalau kat nihon socks ni utk maintain ke-kurus-an kaki wanita2.

Actually masa study dulu ade je beli, tp tah kemana la kan =P.Gaya nak jugak kaki kecik *muahaha*, tp ia sgt bagus utk peredaran darah ye.Just kat sana byk sgt type, kena tgk bebtul.Sebab ade yang dibuat guna material from babi.Be careful!

The one yg i beli ni boleh dipakai utk pregnant women, xberapa kuat sgt dia punya grip. Kalau yg beli dulu rasanye lebih kuat grip kaki.

Start rasa krem tghari td masa nak masuk kereta nak pergi open house kawan mak.
So menjengket2 ala2 exercise la dlm kereta.

Lenguh kaki pun ye, macam nak cabut2 je rasanye. Rasa lenguh yg amat mcm 2-3days before period.

Pressure dr perut pun dah makin bertambah kan, tu sbb la krem bagai nih.

Dear baby pun sakan bergolek ye ^^

-------------

Singgah Kasih Ibu @ Seri Bangi,
(dekat dgn TuttiFrutti)
Diorang tgh buat Stock Clearance Sale (15%).
Mamy Poko NB habis =p, tgk Petpet NB RM27.90/64 murah dah rasanye nih. Grab 1 pack!
Nak jugak guna Cloth Diapers tp tunggu dah pandai handle baby nanti la baru start.

Singgah juga KidsModeHouse (ke arah kanan Kasih Ibu,1F).
Beli la tungku baby dgn set of 3 punya carters (romper,tshirt & bip) RM19.50 je.
Pun tgh sale!

Sampai rumah lenguh satu badan, padahal mak yg bawa kereta ehe..


p/s : Money Changer@Bangi today Y1,000 = MYR40.70