My Bump =D

pregnancy week by week

Sunday, October 16, 2011

(67) Antenatal Class HPJ Part 2


isi new mom bag ritu
banyak dapat koleksi mini2 nih. senang nak masuk dlm travel bag =D.

(12oct2011)
Erm...baru on netbook udah ngantuk
hehe...(^_^")

Baru lepas basuh towels and nursing bras (handwash la kan pelagi).
Lunch pun dah. Nasi goreng daging dgn air oren (kordial tanpa gula).

Lepas tu bantai sebiji guava tanpa biji ^^. hooooo syedap!!

Agaknye kepenatan & kekenyangan la nih yg ngantuk ni. Sambung petang2 sketla menulis...layan tdo lepas zuhur best gak ni =D (now 1254). Saikin meemang ngantuk manjang, kalau ngantuk tu xboleh bendung2 lg dah. Kena terus tdo hehe. Later la....

---------------------------

(13oct2011)
Selepas sehari jom sambung,
=P

Mak nak hantar g Bid Bad Wolf Booksales today, tp i pula kesemputan. =(
Selsema dgn hingus yg pekat, hembus2 pun tamau keluar habis. Seksa juga. Malam tadi pun tak boleh tidur lena. Dah nak kena lelah dah rasanye ni.

Weekend ni pula ade expo convo kat UPM, inor pun convo ahad ni.
Tak taula larat ke tak nak pergi bergambar2 nye nanti.

Ok,
Kalau nak booking ke Antenatal Class HPJ bawah ni info sket

Contact :
KJ Masitah Sidek : 019-3279495
KJ Fariza Razak : 016-2197186
JT Laily Norazura : 019-3256565

Fee :
RM70 per ENTRY (deposit RM50)


Starting from 8am - 4pm. Every 2nd Monday of the month.
8couples per class. 1st pregnancy & nak deliver di HPJ.

Nak share sket info yg jarang dgr.

1st Session : Pregnancy & Proses Bersalin.
Dr. Hasliena.
Cakap pasal kehamilan, labour signs from 1st stage until 3rd stage.
Family Planning.
Peranan husband saat2 nak dekat delivery:
(1)Contactable at all time
(2)Transport
(3)Medical Cost
(4)Guarantee Letter or seumpamanya
(5)Joint decision w wife during labour
(6)Helping wife - wipe the face, rub the back, talking etc masa sakit nak beranak tu



2nd Session : Pemakanan
Kenaikan berat badan semasa hamil yg normal = 10~13kg.
(Tp dia cakap ada latest data, kenaikan berat nowadays adalah lebih tinggi ye)
Kalau kurang pemakanan yg supply tenaga, akan terjadi proses KETOSIS (penghasilan tenaga dr dalam badan) dimana akan mengganggu fetal dev & kematangan otak baby.
Prune = high in iron
Guava = very high in vit C <---kebetulan tgh ada stock guava.

Maternal Milk high in sugar --> low fat milk is better for diebetic mom (dietitian ni kate)



3rd Session : Persediaan Bersalin & Mandi Baby
Midwife yg bg talk nih. Org lama kat HPJ ni rasanye.
Pesanan die, NEVER EVER GO NO-BRA kalau sayang breast.
Delivery charge kat HPJ ni :
Normal RM300
Caesarean RM800
FPP RM3000
Ini semua deposit yg kena bayar


4th Session : Penyusuan Ibu
Sebab baby kembung :
(1)Pemberian air kosong <6bulan
(2)Pemberian pacifier/botol

Jaundice = Disebabkan oleh proses pembuangan yg tak sempurna, so baby akan buang through kulit dia. Ini sebab yg docs & nurses suruh elak makan jamu/herba awal2 sbb benda2 tu kan panas kan? Kalau baby xtahan memang boleh ganggu sistem penghadaman baby.

Size perut baby semasa lahir hanyalah sebesar biji GULI jadi, kalau kolostrum ibu hanya 3 titik maka memang sgt cukuplah 3 titik tu utk baby tu. Jgn dibuang-sayang, & jangan ditambah air kosong.

Hanya ibu yg menjalani kemoterapi sahaja yg tidak dibenarkan menyusu baby.Malah ibu yg ada HIV pun digalakkan menyusu baby TAPI jangan diselang dgn air kosong/FM, make sure BF exclusively!



5th Session : Urutan Lepas Bersalin (Unit TCM HPJ)
(Tukang urut yg bg talk ni tegas!huhu,kalau jd mak/mak mertua confirm la takut nk langgar arahan masa berpantang =P. Body die pun slim & kemas)

Tungku:
-The best guna tungku besi bujur bertangkai
-berat tungku 2-4kg
-panaskan atas api slow 10-15mins
-balut tungku dgn daun yg ber-bilangan GANJIL

Mandi Herba:
-xdisyorkan utk kepala ->boleh jadi pening/sakit kepala & rambut gugur

Barut & Bengkung:
-JGN MAKAN before berbarut! ni makcik pun ade pesan. Memang makcik (belah abah) body slim la - 44 hari pakai barut siang malam kau!Bukak time nak mandi je die kate.Punya gigihnya dia.
-Ubat perut : Kapur+air limau = utk kemaskan perut. Selepas dah kemas perut tu pakai pulak asam jawa+cuka = utk hilangkan bekas2 hitam/stretch mark.
-Bengkung elok pakai yg tali dpd atas ke bawah ->mudah nak ke toilet.

Haaa tu dia sikit2 yg diorang cakap.Bukan saye cakap.
Kalau mampu boleh ikut semua. Tepuk dada tanya selera.

Kalau dpt confinement lady memang syiok o! kan?
Tapi beriban tuu nak hire..kalau kat kampung murah lagi,dtg lepas subuh & die balik after settle semua. Agak2 bidan kampung kat banting tu nak tak duk skali ek? hehe

Haaaaa...takut dah pulak nak jadi mak budak nih. =P


p/s:Makan guava lagi sebiji pun syok nih!g dapur~~ =D. Terasa sgt sedap buah guava skang nih.

p/s/s: phone cokia i yg sony w660i nih die punya usb mana tah. belum boleh transfer gmbr dewan bersalin & gmbr wad 5a. Nanti dah jumpa br upload.

No comments:

Post a Comment