My Bump =D

pregnancy week by week

Sunday, August 14, 2011

(42) 22weeks checkup

Check up on 10/8/2011.

Supposed kena pergi awal sbb kena attend kelas penyusuan susu ibu pukul 9am.
Tapi 915am br sampai klinik & kelas tu pun rupenye 30mins jek.Masuk kelas dah ujung2 dah pun.Tak byk sgt die btau pun. Basic info yg boleh baca kat internet.

Terus amek numb utk check-up (wpun br 945am tp org que dah xde haha! lucky sokmo =P).Buat urine test as usual & tunggu turn jumpa nurse.About 15mins waiting nama dah kena panggil-waaaa syiok!

Berat = 60.4kg (approx +-1kg per month).
HB = 12.6 (yes!pati delima sgt memberi kesan!no more constipation sbb iron tablet dah =P)

Daripada tag hijau dah dapat tag putih dah!
Horray!~

Other than that normal.
Nurse kata suruh pantau pergerakan baby,she said dah start boleh rasa. Bila I cakap before this lagi dah rasa baby gerak,nurse tu xcaya sbb 1st baby lg. Tapi dah kalau pattern pergerakan lebih kurang sama mestila baby kan? Plus duduk rumah relaks memanjang sure alert baby bergerak kan? Takpela, since nurse tu lembut & friendly so diamkan je, dgr apa nasihat die bg.

Dah almost sebulan makan Pati Delima Gulsan from Turkey nih.
Beli sekali 4botol for RM100
No more mual2 teruk, no more pening2 & yang penting sekali kepekatan darah meningkat dgn memberangsangkan! Hehe kerana ia adalah sbb utama pening2 nak pitam nih.

Badan pun rasa segar la jugak.
Sembelit xde sbb angin keluar mmg lancar. Cuma sometimes masa puasa nih la mencabar sikit sbb tdo malam xberapa selesa-senang masuk angin.Tapi bila pagi sure membuang dgn lancar.Hehe..

Psst! Ramai org kata amalkan pati delima baby kulit putih bersih.Wallahua'lam, kite mencuba ye.Nanti result tgk baby masa lahir nanti =).


(Pati Delima Gulsan beli from blogger Yatt Lateef)


2 comments:

  1. ain.. sapa recommend makan ni?? ada consult ngn doctor tak?? kalau ada, lane cam nak try jugak je~

    ReplyDelete
  2. Hurm..i just google pasal tambah darah utk pregnant mom.Pastu byk pulak thread kate minum pati delima bagus. Mak pun kata delima ni lambang kesuburan.Byk jugak dgr petua nak ilang mual2 ni dgn makan buah delima.

    Takde pun consult dgn doc =p, nurse pun kata kalau xde efek boleh je teruskan.So far badan ok la nak terima.

    Try la kalau nak =)

    ReplyDelete